Rabu, 05 Juni 2013

The Junas Monkey nafi berpecah

AKIBAT ahlinya terlalu sibuk dengan bidang lakonan, band The Junas Monkey dikatakan bakal berpecah. Namun, khabar itu dinafikan ketiga-tiga ahlinya, Aditya, Ajun dan Stefan.
Ketika ditanya soal itu,salah seorang ahli The Junas Monkey, Ajun atau nama sebenarnya,Ajun Perwira terus menafikan hal tersebut.

“Tidak. Kami masih bersama. Cuma, kesibukan berlakon menyebabkan kami jarang membuat persembahan di TV,” katanya kepada Sinar Harian Online.
“Itu cuma gosip,” tambah Stefan atau Stefan William Umboh, 19 selaku vokalis.
Penafian itu semakin kuat apabila mereka kini tampil mempromosikan lagu single mereka di negara ini.
Oleh sebab terlalu sibuk dengan jadual lakonan yang padat, mereka terpaksa menangguhkan promosi lagu single mereka sebelum ini.
“Sepatutnya kami datang sini Disember lalu, tetapi sebab sibuk dengan berlakon, kami tangguh dulu,” kata Aditya Suryo Saputro, 24 atau Aditya.
Dalam pada itu, berbekalkan bakat dan rupa, ketiga-tiga ahli The Junas Monkey ini menjadi rebutan produksi di Indonesia.
Tidak hairan jika wajah mereka sering menghiasi kaca TV untuk beberapa drama dan filem di Indonesia
Malah, hujung bulan ini, filem lakonan Stefan, Air Terjun Pengantin Phuket bakal ditayangkan di pawagam.
Ketika ditanya soal penglibatan mereka dalam lakonan, nyanyian dan peragaan berkaitan dengan meraih populariti, mereka menjawab dengan bersahaja.
“Minat, populariti, cari duit. Semuanya..Masa muda-muda ini, harus kerja keras,” kata Ajun mewakili kumpulannya.
Apabila dibangkitkan isu bersandar pada rupa berbanding bakat, The Junas Monkey akui hal tersebut sering diperkatakan.
“Memang banyak orang kata seperti itu, tetapi sebenarnya kami ada bakat sendiri,” kata Stefan.
Nama band The Junas Monkey diambil sempena nama ahlinya, Jun (Ajun), A (Aditya) dan S (Stefan).
Manakala ‘monkey’ pula berikutan minat mereka bertiga terhadap monyet yang disifatkan menghiburkan, bertenaga, menarik juga sebagai simbol kepada band ini ketika membuat persembahan di atas pentas.
Apabila ditanya kesesuaian nama itu digunakan untuk sepuluh tahun lagi, mereka yakin untuk terus menggunakan nama itu sampai bila-bila tanpa diubah-ubah.





Tidak ada komentar:

Posting Komentar