Rabu, 05 Juni 2013

Giliran The Junas Monkey pula masuk Malaysia

Pembuka tirai tahun 2013 ini sebuah band dibarisi anak muda comel-comel yang menggelarkan diri mereka sebagai The Junas Monkey menjadi artis Indonesia pertama mencuba nasib di Malaysia.
Lagu single pertama mereka berjudul Jadian mula mendapat tempat sejak tahun lalu lagi. Terbaru mereka melancarkan pula single kedua berjudul Ikut Aku di sini. Sebagaimana artis Indonesia lain yang pernah masuk, mereka juga menyimpan harapan sama untuk dikenali di sini.

The Junas Monkey dianggota oleh Stefan (penyanyi), Ajun (gitar) dan Aditya (dram) itu juga turut aktif berlakon drama dan filem. Nama yang dibina dalam drama juga boleh menjadi tambahan tarikan buat mereka.
Ajun Perwira pernah berlakon drama Nada Cinta yang sangat popular di sini. Drama bersiri yang menampilkan Randy Pangalila itu mendapat sambutan hangat.
"Ada yang mengatakan kami cuba meniru nama kumpulan Jonas Brother. Kami tak marah sebab mungkin mereka tak mengenali kami. Sebenarnya Junas tu gabungan nama kami iaitu JUN (Ajun), A (Aditya) S (Stefan).

"Kami tambah Monkey sebagai menggambarkan karakter kami yang tak reti duduk diam," kata Ajun semasa ditemui pada majlis pelancaran single terbaru dan pelancaran klip video lagu Jadian di pusat hiburan Red Box, The Gardens, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Mereka berharap peminat di sini menyukai lagu-kagu mereka. Mereka juga merancang melancarkan album pertama pertengahan tahun ini. Mereka sedang mengumpul lagu dan berusaha mendapatkan lagu-lagu ciptaan pencipta ternama di sana.
"Kami memilih konsep pop sebab genre itu sesuai dengan kami," kata penyanyinya, Stefan.






The Junas Monkey

TheJunasMonkey saat perform lagu JADIAN

peresmian single Jadian

Tidak ada komentar:

Posting Komentar